Cangkul
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cangkul adalah satu jenis alat tradisional yang
digunakan dalam pertanian. Cangkul digunakan untuk menggali
ataupun untuk meratakan tanah. Cangkul masih digunakan sehingga masa ini
untuk menjalankan kerja-kerja menggali yang ringan di kebun ataupun di
sawah. Kerja-kerja yang lebih berat biasanya dilakukan menggunakan
jentera berat.Bentuk mata cangkul seakan-akan bentuk mata beliung dengan pemegang (hulu) yang diperbuat daripada kayu. Tetapi mata cangkul lebih lebar berbanding dengan mata beliung. Biasanya hulu atau pemegang ini lurus, tetapi ada juga jenis pemegang yang bengkok sedikit. Mata cangkul biasanya dibuat daripada besi.
Jenis-jenis cangkul termasuklah cangkul betul (cangkul lurus) dan cangkul burung.
Peribahasa
Cangkul juga digunakan dalam peribahasa Melayu. Antaranya, adalah :| Peribahasa | Makna. |
|---|---|
| Menjual tangkai cangkul sekah. | Membual; omong kosong. |
| Untuk bajak kait, untuk cangkul unjur. | Serba tanggung. (kait = bengkok, lentuk hujungnya; unjur = terentang.) |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar