Thursday, 14 April 2011
SEJARAH REKABENTUK RUMAH
Sejarah
telah membuktikan bahawa manusia mula menduduki gua sebagai tempat
berlindung semasa petempatan awal. Akibat perubahan zaman, manusia
telah mempelbagaikan jenis petempatan mereka. Di samping itu,
faktor luaran juga menyumbang kepada reka bentuk dan jenis rumah di
negara kita.
| GUA SEBAGAI TEMPAT BERLINDUNG |
Anda perlu
menghargai rumah sebagai tempat tinggal dan menjadikan rumah
sebagai "RUMAHKU SYURGAKU".
| RUMAH YANG SELESA |
Pembinaan rumah dipengaruhi oleh faktor
sejarah,geografi,
keselamatan
dan
kepadatan
penduduk.

SETIAP RUMAH
MEMPUNYAI
'REKA BENTUK'
RUMAH KUTAI
Reka bentuk rumah
Kutai di Perak sama seperti rumah
di Aceh dan Makasar, Indonesia.
Menurut sejarah, orang Bugis dan Aceh pernah menetap di Perak.
Rumah Kutai hanya terdapat di negeri Perak.
RUMAH
MINANGKABAU
Reka bentuk rumah ini melentik
seperti tanduk kerbau. Reka bentuknya sama seperti reka bentuk rumah di
Sumatera, Indonesia. Menurut sejarah, orang Minangkabau telah datang dan
menetap di Negeri Sembilan dengan membuat rumah dan mengekalkan reka
bentuk seperti rumah mereka di Minangkabau.
RUMAH INGGERIS
Terdapat rumah di Cameron
Highlands, Pahang yang sama seperti rumah Inggeris di England. Ini
kerana orang Inggeris telah membina rumah tersebut semasa menjajah
negara kita.
RUMAH JAWA
Reka bentuk rumah Jawa di
Indonesia mempunyai pengaruh reka bentuk rumah di Belanda. Menurut
sejarah, Indonesia pernah dijajah oleh Belanda.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar